Wednesday 12 December 2012

Harimau Malaya diberi padang latihan buruk!!!!



Harimau Malaya diberi padang latihan buruk!!!!!


Skuad Harimau Malaya disediakan padang latihan buruk untuk menjalani latihan menjelang saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok.
Tindakan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menyediakan padang awam yang kurang sempurna kepada skuad Harimau Malaya untuk menjalani latihan menjelang saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok esok, adalah sesuatu yang tidak wajar.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan pasukan Thailand menerima layanan 'lima bintang' ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lepas.
"Bagi saya, adalah tidak wajar kepada mana-mana pasukan (termasuk Thailand) menyediakan padang latihan yang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa)).
"Kami melayan mereka dengan kemudahan terbaik ketika mereka berkunjung ke sini namun layanan sebaliknya diterima oleh pasukan kebangsaan," katanya.
Semalam, anak buah Datuk K.Rajagobal terpaksa menjalani latihan di padang awam Jaran Buraprat yang disifatkan sebagai 'sawah padi' kerana permukaan padang yang becak dan boleh mengundang kecederaan kepada pemain.
Selain itu, FAT turut dilapor tidak menyediakan bilik persalinan kepada pasukan Malaysia selepas sesi latihan tamat.
Azzuddin berkata pihaknya akan menunggu laporan yang dibuat pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal kepada FAT dan Sekretariat Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) sebelum mengambil tindakan lanjut.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu memanjangkan isu ini kerana tidak mahu mengganggu persiapan skuad kebangsaan dalam menghadapi perlawanan malam esok," katanya.
Separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand yang dikenali sebagai 'Changsuk' (Gajah Perang) akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas.
Pemenang perlawanan ini akan menentang Singapura atau Filipina pada perlawanan akhir yang dijadual pada 19 dan 22 Dis.

Tuesday 11 December 2012

Semi Final: Malaysia vs Thailand (1st leg) - AFF Suzuki Cup 2012


Harimau Malaya


Optimis iringi Harimau Malaya ke Bangkok


SEPANG - Datuk K. Rajagobal optimis dan positif untuk menghadapi pertembungan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di padang lawan Khamis ini setelah Harimau Malaya mempamerkan permainan menyakinkan walaupun akhirnya akur seri 1-1 dengan Thailand, kelmarin.
Menurutnya, walaupun Thailand beraksi di tempat sendiri dan mempunyai bekalan satu gol, beliau tetap positif tanpa membenarkan sebarang anasir lain mengganggu fikirannya.
"Apabila kita beraksi pada peringkat ini sudah tentu akan bermain dengan baik dan mahu menghiburkan rakyat Malaysia, saya mahu pemain buat sesuatu untuk negara terutamanya dalam sukan bola sepak," katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sebelum berangkat ke Bangkok semalam.
Rajagobal yang berpuas hati dan bangga dengan penampilan pemainnya ketika perlawanan separuh akhir pertama kelmarin berkata, siapa sahaja akan memberi penghormatan kepada pemain jika bermain dengan bersemangat dan terus berjuang.
"Persediaan kita seperti biasa, apabila tiba di Bangkok nanti saya akan lihat keadaan pemain selepas mereka mengharungi perlawanan yang penuh agresif dan beraksi pada tahap yang membanggakan semalam (kelmarin).
"Pemain telah memberikan persembahan terbaik, saya rasa permainan paling baik dalam kejohanan ini, kita akan lihat keadaan pemain dan fikir apa yang perlu dilakukan sebaik tiba di sana," katanya.
Mengenai formasi yang digunakan kelmarin, Rajagobal berkata, pada awal saingan beliau menggunakan strategi 4-2-3-1 disebabkan lima pemain tonggak tidak dapat beraksi kerana kecederaan.
"Apa pun formasi yang kita gunakan, saya ingin menekankan di sini bahawa saya bangga dengan komitmen pemain, Thailand tidak mempunyai sebarang masalah untuk menurunkan barisan kesebelasan utama mereka.
"Setakat ini Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Nor tidak mampu untuk beraksi dalam perlawanan separuh akhir kedua, S. Kunanlan mula kita nampak seperti mampu diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi kita juga mahu menilai keadaan Khyril Muhymeen Zambri," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121211/su_01/Optimis-iringi-Harimau-Malaya-ke-Bangkok#ixzz2EoHIfyd9 
© Utusan Melayu (M) Bhd